Saturday, February 2, 2013

Radiusite: NEXT | 31 January 2013 | Shawl Fedora Pastel Colour

Radiusite: NEXT | 31 January 2013 | Shawl Fedora Pastel Colour

yee ke x ni aku nak kawin...


salam ...bertemu kembali...

marila kita baca bersama :


Saat Aku Bernikah 

alt
"Aku dah berbincang dengan parents aku. Diorang bersetuju untuk berkenalan dengan keluarga sebelah sana, hujung minggu ni".
Aku membalas dengan senyuman. Mengucapkan tahniah kepada sahabatku. Sudah melangkah lagi setapak ke hadapan. Alhamdulillah. Sebelum ini, ibu bapanya seolah-olah menghalang. Tidak bersetuju.
Antara alasan 'typical' yang digunakan ibu bapa adalah:
(1) "Nanti dah berkahwin, nak bagi anak bini makan apa? Pasir?"
Bukanlah bermaksud aku tidak bersetuju dengan pandangan sebegitu. Realitinya, kita perlukan duit dan harta, demi sesuap nasi. Berpijak dibumi yang nyata. Ibu bapa berbicara berdasarkan ilmu dan pengalaman yang mereka ada. Penat lelah membesarkan kita. Jangan dinafikan pandangan mereka. Cuba berlapang dada. Mereka ingin melihat reaksi kita; samada terus memberontak atau terus bersabar jika mereka menghalang niat suci kita. Yang mana satu pilihan kita?
Namun, jangan dilupakan apa yang telah dijanjikan Allah di dalam Al Quran;
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."
(Surah An-Nur ayat 32)
Rezeki tu rahsia Allah. Jika seorang anak lelaki sudah berusaha untuk bekerja sambilan sambil belajar, demi menunjukkan kesungguhan dalam mencari rezeki, mengapa tidak diberikan peluang kepada anak tersebut? Tak kira sehina mana pun kerja tersebut, seperti 'cleaner' mencuci tandas. Biar hina di mata manusia, tetapi tidak hina bagi Allah. Rezeki halal. Ibu bapa juga harus pandai menilai usaha yang dilakukan anak. Jangan hanya terus menggunakan kuasa 'authoriti' tanpa memberikan peluang untuk berbincang dengan anak. Seolah-olah pandangan anak adalah 100% salah.
Namun, jika seorang anak itu tidak menunjukkan kesungguhan dalam mencari rezeki serta hanya mengharapkan duit ibu bapa, mungkin perlu difikirkan semula samada nak berikan 'green light' atau tidak kepada anak tersebut.
"Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya;..................."
(Surah An-Nur ayat 33)
Jangan hanya pandai bercinta. Soal rezeki, diserahkan kepada ibu bapa pula.
2) "Kau tu muda lagi, mana boleh berkahwin"
Soal umur. Antara perkara sensitif dalam kalangan masyarakat kita. Masyarakat begitu mudah menilai isu umur. Lebih tua dikatakan lebih matang. Lebih muda dikatakan tidak matang. Begitu hebatnya kuasa angka!
Matang bukanlah dinilai berdasarkan bilangan angka. Ada sahaja yang masih muda, tetapi berfikiran matang dan hebat dalam berbicara.

Apa definisi matang bagiku?
Matang dapat dinilai dari segi kehidupan sehariannya. Dari seawal bangun tidur, sehinggalah bersiap-siap untuk tidur semula. Perkara yang paling mudah. Adakah dia membaca doa sebelum tidur dan doa selepas bangun tidur?
Adakah dia meletakkan 'addin' atau Islam sebagai gaya hidupnya? Adakah dia melaksanakan segala perintah Allah dan tinggalkan segala larangannya? Bagaimana pula pergaulannya dalam seharian? Adakah dia sensitif dengan isu-isu semasa? Adakah dia mampu mengawal diri tatkala diri ditimpa musibah?
Jika soalan-soalan di atas dapat dijawab dengan baik, maka itulah matang bagiku.
Begitu besar definisi matang. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza.
"Aku dah matang sebab dah lama tak tengok kartun."
"Aku dah nak kahwin. Jadi, aku kena berubah menjadi matang."
Dalam suatu kisah, Imam Abu hanifah berjumpa dengan seorang budak. Budak tersebut kelihatan seakan-akan ingin tersadung, dek kerana selipar yang dipakainya.
Imam Abu Hanifah menegur; "Kau akan terjatuh kerana selipar itu." Imam memberikan peringatan.
Kemudian, budak tersebut menegur; "Bukankah engkau Imam Abu Hanifah?"
"Iya, akulah Imam Abu Hanifah."
Budak tersebut memberikan nasihat;
"Sekiranya aku tersadung, aku hanya akan tersadung di dunia, disebabkan selipar ini. Tetapi, sekiranya engkau wahai Imam Abu Hanifah, tersadung disebabkan jawatan engkau, engkau bukan sahaja tersadung di dunia, malah engkau juga akan tersadung di akhirat".
Imam Abu Hanifah menangis.
Subhanallah! Seorang budak menegur seorang ulama yang hebat! Tanpa mengira usia! Jika kejadian ini berlaku dalam kalangan masyarakat kita, aku sudah dapat mengagak kejadian yang akan berlaku.
"Kurang ajar punya budak! Kecil-kecil lagi dah pandai menjawab!"
Begitulah realiti masyarakat kita. Terlalu merumitkan isu umur.
Sewajarnya ibu bapa perlu pandai untuk menilai kematangan seseorang anak. Perhatikan kehidupan sehariannya ketika bercuti semester di rumah.
Adakah dia ringan tulang, menolong melakukan kerja rumah? Adakah dia berkawan dengan orang yang baik-baik? Adakah dia selalu pergi menunaikan solat di masjid? Adakah dia selalu mengisi masa-masa lapang cutinya dengan perkara-perkara bermanfaat?
Jika jawapannya 'ya', maka berani aku katakan,
"Mak cik dan pak cik, berilah peluang kepada anakmu. Berbincang secara ilmiah mengenai pendiriannya untuk bernikah".
Tetapi, jika jawapannya 'tidak', maka akulah orang pertama yang akan menghalangnya untuk bernikah. Sungguh, dia belum bersedia memikul tanggungjawab untuk bernikah. Kasihan bakal isterinya!
Lakukan Step By Step
"Tapi, parents aku cakap, aku tetap kena kahwin lepas grad, insyaAllah dalam dua tahun lagi. Jadi, buat masa sekarang, aku buat apa yang termampu dulu. Kenalkan dengan ahli keluarga kedua-dua pihak."
Aku kagum dengan kematangan sahabatku dalam berfikir. Sungguhpun umurnya masih muda. Beliau melibatkan ibu bapa dalam urusan sebegini. Ada sahaja dalam kalangan sahabat aku yang 'hangat bercinta' namun apabila ingin bertemu keluarga, menolak. Aku 'anti' dengan lelaki sebegitu. Manis bicara di hadapan wanita. Tetapi tidak mahu serius dalam perhubungan. Tidak mahu berjumpa dengan ibu bapa.
Rasulullah saw bersabda:
"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa"
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Parah apabila sudah hanyut dalam percintaan. Sanggup mengenepikan ibu bapa. Begitu mudah seorang anak melupakan jasa ibu bapa yang membesarkannya sejak kecil. Itulah kuasa cinta. Sehinggakan ada yang sanggup kahwin secara diam-diam!
Ibnu Qayyim al-jauziyah pernah mengatakan bahawa; 'cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab'.
Jika kita mencintai seseorang kerana hartanya, maka hartanya akan lenyap jika muflis.
Jika kita mencintai seseorang kerana kecantikannya, maka kita akan meninggalkannya tatkala dia tua.
Jika kita mencintai seseorang kerana agamanya, maka kita akan bahagia kerana jika agamanya baik, maka secara 'automatik' cantik dan hartanya juga akan menjadi baik.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rancang dari awal. Lakukan step by step! Jika sudah ada calon, kenalkan dengan ibu bapa. Muliakan mereka. Maka hidup kita akan aman. Dunia mahupun akhirat.
Kepada ibu bapa, jika anakmu benar-benar bersedia, sungguhpun masih muda, mengapa tidak, untuk sama-sama berbincang dahulu? Tidak semestinya pendapat anak adalah salah. Berikan peluang untuk berbincang. Bermusyawarah dengan hati, bukan dengan nafsu.

salam perkenalan...

 assalamualaikum ,,,,,,

Today is my first day at here.. nice to meet all of u... 

harini mungkin ade sumtin yang i nak sharing.... but still  dipikirkan what story i wanna 

share with all of you ...

" Kehidupan menuju ke alam rumah tangga " 


Bagi saya kehidupan menuju ke alam berumah tangga bukan sesuatu yang mudah dan senang... walaupun nikmat berumah tangga tu lebih dari bercouple2ni... saya masih mencari cari kehidupan sepertimana yang di janjikan tuhan untuk setiap hambanya yang taat kepadanya ... 
walaupun masih banyak perkara yang saya perlu belajar dari sekarang saya percaya semua ketentuannya adalah yang terbaik
untuk kita... sepertimana yang selalu dijanjikan Tuhan ....
" lelaki yang baik untuk perempuan yang baik" " perempuan yang baik juga untuk lelaki yang baik " ...amin..

sekadar berkongsi artikel ini bersama .... : 

RENUNG2KAN....Selamat Beramal ..

Manisnya Pernikahan Kerana Iman

baby
Perasaan itu ada di hati.
Dulu ia terpendam, kerana sibuk studi.
Atau, "Malaslah nak fikir... belum ready..."
"Belum sampai masanya lagi..."
"Macam mana nak mulakan, tak reti..."
"Saya memang sedang mencari lah ni..."
Perlahan-lahan, perasaan itu meresap ke hati.
"SubhanAllah, perasaan apakah ini..?"
Itulah perasaan yang suci, ingin saling menyayangi. Ingin saling melengkapi. Ingin dicintai. Ingin dirindui. Perasaan untuk bertemu pasangan. Di atas landasan pernikahan. Tatkala ia hadir dalam perasaan dan fikiran, layanilah ia dengan iman.
"Ya Allah Ya Rahman... Bimbinglah diriku menjadi jodoh yang baik... Temukan diriku dengan dia yang beriman... Permudahkanlah jalanku menuju pernikahan..."
Memilih melalui taaruf yang telus. Membincangkannya dengan ibu bapa, teman-teman yang berilmu lagi amanah. Hati lapang mendengar pandangan, terbuka menerima pesanan dari yang berpengalaman dan akhirnya keputusan itu, kepada Allah diserahkan.
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar..."
Inilah antara untaian doa istikharah yang diajar Rasul SAW saat kita telah memilih dan mengenali latarbelakang calon jua bermusyawarah dengan insan-insan berilmu dan amanah. Kita membuat keputusan memilih si dia, dan kita kemudiannya bukan meminta pada Allah agar dia menjadi jodoh kita, tapi kita meminta keputusan Allah atas usaha-usaha kita, dan pastinya atas ilmu dan kebijaksanaan Allah. Malah, itulah misteri yang sejak dulu Allah telah tetapkan.
Akhirnya kita bernikah. Alhamdulillah.. SubhanAllah.. Allahu Akbar..
Nikmat bernikah sebenarnya terlalu indah dari yang kalian bayangkan. Nikmat itu bukan hanya pada hubungan jasmani, bukan hanya kerana bersatunya emosi suami isteri tapi lebih besar dari itu. Nikmat bernikah itu ada pada hati-hati yang berusaha dihidupkan dengan iman.
Sangat indah saat hati mampu merasai kurnia Allah yang Maha Penyayang. Dia yang menitiskan sakinah, ketenangan dan kenyamanan berada dalam kasih sayang berpasangan. Cinta yang mengalir sebening air yang menyejukkan hati-hati yang beriman.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang" 
(Surah Maryam ayat 96)
Indahnya menikah saat hati mampu merasa syukur atas limpahan rahmat Allah yang melingkari segenap kehidupan. Allah berkehendak menitipkan cinta dan rindu sesama suami dan isteri, hingga kalian menikmati kebahagiaan.
"Ya Allah... Kasih sayangMu terlalu hebat.. terlalu agung.. Allah Yang Maha Mulia, Maha Pemurah, segala puji bagiMu Ya Allah.. yang membenihkan kecintaan dan kerinduan di hati-hati kami suami isteri."
Dia – pasangan kita - insan yang berbeza. Datang dari keluarga dan latarbelakang berbeza. Namun dengan iman, kalian melayani pasangan dengan baik, penuh kasih sayang dan kelembutan. Kalian meminta-minta pada Allahur Rahman.
"Ya Allah Yang Maha Memberi Petunjuk... Tunjukilah kami dengan akhlak yang baik, jauhkan lah kami dari akhlak yang buruk."
Karakter pasangan yang menguji perasaan, dihadapi dengan iman. Kalian bermujahadah untuk menolak kesalahan pasangan dengan cara yang lebih baik. Hingga kasih sayang semakin merimbun di dalam rumahtangga itu.
"Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia" 
(Surah Fussilat ayat 34)
Dengan iman, kalian saling berkhidmat pada pasangan hanya kerana mengharap keredhaan Tuhan. Hati-hati berusaha diikhlaskan. 
Seorang isteri... senyuman, perkataan, perbuatan, teguran, masakan, kebersihan, kelembutan, belaian, penjagaan zuriat dan rumahtangga seluruhnya mengharap pertolongan Allah Yang Maha Membantu. 
Seorang suami... harta benda, kediaman, kenderaan, kewangan, perhatian, kasih sayang, nafkah zahir batin pasangan, kebahagiaan rumahtangga yang dipimpin dan diusahakan.. SemuaNYa kerana keyakinan dan ketaqwaan kepada Tuhan.
Apabila suami dan isteri berusaha membugarkan iman dan apabila pernikahan digerakkan di landasan iman.. itulah syurga dunia yang diidamkan.
Namun di sana, ada suami dan isteri yang benar –benar teruji dengan keburukan pasangan. Tatkala dirinya berusaha memberi yang terbaik, pasangan sebaliknya memandang remeh amanah pernikahan.

Tingkah pasangan yang menyesakkan perasaan, bulan dan tahun berganti tiada perubahan, jauh dari keharmonian yang diimpikan. Wahai tuhan, apakah Engkau sedang memberi hukuman?
Maha Suci Allah dari menzalimi hamba-hambaNYA. Namun, Allah dengan kasih sayang yang agung mengizinkan ujian getir menimpa rumahtangga kalian, kerana Dia begitu mencintaimu.
Dalam lafaz-lafaz doa kita yang dulu, bukankah kita memohon pernikahan untuk menambah iman?
Nah, Allah memberi ujian kesenangan dan kesulitan dalam pernikahan, agar pernikahan benar-benar menjadi wasilah untuk kita makin dekat, semakin dekat ke pangkuanNya. Makin mendalamkan iman dan cinta kita kepadaNya.
Tika kesabaran teruji dengan kerenah pasangan, berimankah kita dengan janji Allah akan ada kesenangan selepas kesusahan?
Tika kekusutan rumahtangga membelenggu jiwa, berimankah kita dengan ayatNya bahawa jalan keluar senantiasa ada buat hambaNya yang bertaqwa?
Tika kita memaafkan dan bersabar dengan segala keburukan pasangan, berimankah kita bahawa kemanisan iman itu terhasil bila kita tulus mencintai kerana Allah?
Ya, perkahwinan bukan mudah, terlalu banyak ranjau ujian, namun dengan iman pastinya tidak akan mudah hilang pedoman. Dengan iman, merasa Dia memberi bimbingan dan pertolongan. Melaluinya dengan kesabaran, kesyukuran... akhlak Rasulullah berusaha diterjemahkan, tuntutan Al-Quran berusaha direalitikan dalam kehidupan (rumahtangga).
Rasulullaah SAW bersabda yang bermaksud:-
"Alangkah menakjubkan keadaan seorang Mu'min. Setiap persoalan yang dihadapinya selalu menjadi kebaikan. Dan sikap itu tidak bisa dimiliki oleh siapa pun kecuali orang Mu'min. Apabila kegembiraan menghampirinya, dia bersyukur, dan itu menjadi kebaikan baginya. Dan apabila kesusahan menimpanya, dia bersabar, dan itu menjadi kebaikannya baginya." 
(Hadis Riwayat Muslim)
Bahagialah kalian yang memilih iman sebelum, semasa dan sehingga pernikahan itu berlangsung di dunia, moga nikmatnya berterusan hingga ke syurga. InsyaAllah...
Teruskan bermujahadah, untuk merasa nikmat pernikahan yang amat manis lagi indah, jua menikmati musim-musim ujian cabaran agar pernikahan terus menjadi wasilah taqarrub ilAllah (dekat kepada Allah).